KONSEP



Kereta telah menjadi kenderaan utama bagi rakyat Malaysia dan satu keperluan kepada semua orang dewasa yang berkerja sama ada masih bujang apatah lagi telah berkeluarga. Walaupun kerajaan telah menyediakan prasarana kenderaan awam tetapi mempunyai kenderaan sendiri adalah satu kelebihan.

Kebanyakan pengguna yang ingin memiliki kereta sendiri akan menggunakan loan bank untuk membiayai pembelian kereta idaman mereka. Bank akan meluluskan loan untuk pembeli kereta mengikut kelayakan mereka dan paling penting.. bank mewajibkan rekod kredit peminjam mestilah bersih. Bank menggunakan sistem pemantauan kredit ini melalui CCRIS dan CTOS. Jika pengguna tidak melepasi tapisan CCRIS dan CTOS ini, pengguna tersebut tidak layak untuk membuat loan bank.

Begitu juga bagi pengguna yang gaji asasnya atau pendapatannya tidak tetap. Mereka ini juga tergolong dalam kategori yang susah buat loan bank. Apatah lagi yang tiada pekerjaan tetap atau free lancer.

Menyedari masalah ini, Arsyam Global Resources telah menyediakan satu peluang baru untuk pengguna yang susah atau tidak boleh mendapatkan loan untuk membeli kereta dengan melancarkan kemudahan yang dipanggil Sewa Dengan Opsyen Membeli di bawah Program Kereta Mudah Milik Tanpa Loan Bank AGR.

Melalui kaedah sewa dengan opsyen untuk membeli ini, pengguna hanya perlu menyewa dulu kereta yang mereka ingin miliki dan selepas tempoh sewaan maksima iaitu 9 tahun, penyewa mempunyai opsyen untuk memiliki terus kereta tersebut tanpa perlu membayar apa-apa bayaran tambahan. Atau jika pengguna ingin memiliki kereta tersebut lebih awal, pengguna bolehlah mengambil opsyen untuk membeli kereta tersebut dalam tempoh sewaan iaitu kurang dari 9 tahun, Cuma pengguna perlu membuat penyelesaian penuh loan kereta tersebut yang masih atas nama syarikat kepada bank.

Dari segi kelayakan pengguna, kereta mudah milik tanpa loan bank AGR sememangnya mudah kerana ia hanya memerlukan dokumen yang mudah iaitu

  1. kad pengenalan, 
  2. lesen dan 
  3. bil utiliti sahaja.

Jika pengguna mampu buat bayaran deposit kereta dan ansuran bulanan, pengguna tersebut layak untuk mendapatkan kereta baru di bawah program ini.

Konsep ini seakan-akan kereta sambung bayar yang banyak ditawarkan sekarang. Cuma perbezaannya adalah seperti berikut;

  1. Perjanjian sewa dengan opsyen untuk membeli adalah sah di sisi undang-undang dan tidak melanggar mana-mana Akta di Malaysia juga perjanjian sewa beli antara pemilik dan bank. Kereta sambung bayar adalah perjanjian membeli yang tidak mendapat persetujuan oleh pihak bank.
  2. Deposit kereta sambung bayar jauh lebih tinggi daripada kereta sewa dengan opsyen untuk membeli AGR. Mengikut survey yang kami buat, deposit kereta sambung bayar 2 kali ganda daripada yang dikenakan oleh kami.
  3. Kereta sambung bayar hanya ditawarkan apabila pemiliknya sudah tidak mahu menggunakan kereta tersebut kerana mereka tak boleh jual di pasaran akibat harga lebih rendah dari baki penyelesaian penuh loan mereka di bank. Sedangkan kereta mudah milik tanpa loan bank AGR menawarkan kereta baru.
Untuk terma dan syarat yang lebih lengkap sila baca di laman terma dan syarat.

2 comments: